Sunday, April 12, 2009

Di keheningan

di keheningan malam...
di kala senyap dan sepi...
di kala bayang berbalam-balam
di bawah sinaran bulan tika ini..
indah ...dan sepi sunyi skali...
tapi tak pernah tak bertandang di hati..
sentiasa ada yang menusuk sanubari..
masalah duniawi yang tidak bertepi...
entahkan pula dengan ukhrawi..
tapi putus asa bukan dicari...
syaitan sentiasa dipelusuk hati
mencari sahabat di neraka nanti...
supaya kita lupa diri
lupa dengan ketentuan Ilahi..
semoga Nur Ilahi kita miliki...
namun perbaikilah diri
contohilah Rasuluallah tinggi peribadi..
diutus sebagai rasul akhir kali
bersama zuriat2 nya yang suci..
dosa tiada sekali2
tingkahnya sahaja tidak difahami
kerna ketinggian darjat diri
zahir dihina lagi dikeji...
walau dia dari zuriat Rasul yang suci..
namun pembelaannya untuk nya pasti..

p/s sajer jer. apa2pun ingat nanti nak try menulis. wat cerita2 isi masa lapang. Insyaallah. dan satu lagi takziah di ucapkan kepada sharifah zaleha sekuarga (sheifa or bonzer) di atas permergian ayahnya Syed Nuh ke ramatullah pada pagi sabtu baru ni.
Alfatihah

Thursday, April 9, 2009

Anggota rombongan umrah Malaysia terbabit kemalangan

salam...
satu berita yang mengejutkan bagi malaysia... semoga mereka ini tergolong di dalam mereka yang mendapat rahmat dan hidayah Allah. Al Fatihah


Khamis April 9, 2009
Anggota rombongan umrah Malaysia terbabit kemalangan

KUALA LUMPUR: Seramai 19 orang anggota rombongan umrah dari Malaysia yang menaiki bas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bir Ali, Madinah, Arab Saudi semalam.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kejadian itu, yang turut membabitkan kematian anggota rombongan berkenaan berlaku pada kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata maklumat mengenai bagaimana kemalangan itu berlaku belum diperoleh.

"Kita masih belum dapat memberikan maklumat terkini kejadian tersebut kerana masih menunggu laporan penuh dari Arab Saudi.

"Memang ada mangsa yang terkorban tetapi jumlah dan siapa yang terkorban belum dapat dipastikan dan kita dimaklumkan kesemua mangsa kini sedang dirawat," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Menurutnya petugas-petugas Kementerian Luar di Arab Saudi sedang berusaha mengumpulkan maklumat dengan bekerjasama dengan pihak hospital sebelum memberi laporan penuh kepada Wisma Putra.

"Pegawai-pegawai kita sedang bertungkus lumus mendapatkan maklumat terkini kejadian dan kita juga sentiasa berhubung bagi mendapatkan semua maklumat sebelum diberitahu kepada umum," katanya. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2009/4/9/mstar_jenayah/20090409095855&sec=mstar_jenayah

Cacat mata terkena kelongsong gas



Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my



mohd. Huzaifah Mohd. Nor yang buta mata kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ditemani ibunya, Kamariah Hussin di HRPZ II, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 9 April - Seorang pelajar berkemungkinan hilang keupayaan penglihatan kekal apabila mata kanannya dipercayai terkena serpihan kelongsong gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Keempat di sini malam kelmarin.

Mangsa, Mohd. Huzaifah Mohd. Nor, 18, pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini mendakwa terkena kelongsong itu ketika membantu mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein kira-kira 100 meter di luar stadium berkenaan.

Ketika ditemui, pelajar kursus Penyejukbekuan dan Penyaman Udara itu mendakwa doktor yang merawatnya mengesahkan mata kanannya tidak dapat diselamatkan walaupun telah menjalani pembedahan selepas empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Masa itu keadaan sudah kelam kabut. Saya dengan sepupu saya tengah mengemas barang-barang berniaga untuk pulang, tiba-tiba saya rasa ada benda keras terkena pada mata kanan.

''Kemudian saya rebah dan hampir pengsan kerana terlalu sakit serta darah banyak keluar dari mata kanan saya.

"Dalam keadaan separuh sedar itu, saya dipapah ke hospital yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh sepupu saya untuk menerima rawatan dan pembedahan pada mata saya selesai kira-kira 2 pagi semalam," katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini hari ini.

Rusuhan penonton berlaku di Stadium Sultan Muhammad IV sejurus selesai perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan dan memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, Mohd. Huzaifah sering membantunya berniaga makanan dan minuman sejak setahun lalu di sekitar stadium setiap kali berlangsungnya perlawanan bola sepak.

Katanya, ketika tembakan gas pemedih mata dilepaskan dia terus tunduk untuk cuba menyelamatkan diri dan mendapati mangsa rebah serta darah keluar dengan banyak di bahagian mata.

"Huzaifah kemudian memegang saya serta memberitahu matanya terkena objek keras tersebut dan hampir pengsan.

"Dalam keadaan kelam kabut, saya terus memapah dia yang sudah tidak berdaya ke hospital dan terpaksa menahan pedih pada mata akibat kawasan tersebut diselubungi gas pemedih mata," katanya.

Sehubungan itu, abang mangsa, Salahuddin Mohd. Nor, 41, telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu.

Kata Salahuddin, dia juga sedang mendapatkan nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis kerana kejadian itu.

"Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kerana kejadian tersebut menyebabkan masa depan adik saya gelap," katanya.

Wednesday, April 8, 2009

Penonton merusuh di Kota Bharu



Penonton merusuh di Kota Bharu

Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my

TRAK polis dibakar penyokong Kelantan.

Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan, NS tercemar

NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.

Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.

Keadaan turut bertambah buruk di luar stadium apabila sebuah kenderaan polis diterbalikkan sebelum dibakar selain cermin beberapa kereta dipecahkan oleh sekumpulan penonton yang kurang berpuas hati.

Ini kekalahan kedua berturut-turut tuan rumah kepada pelawat selepas tunduk 2-1 saingan Liga Super 31 Mac lalu - sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan sukar menjelang pertemuan kedua pada 18 April ini.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, Perlis sekadar seri 1-1 dengan skuad Merah Kuning di Stadium Utama, Kangar dalam pertemuan yang turut dicemari dengan pergaduhan antara penjaring gol kedua-dua pasukan, R Surendran dan Shazwan Zainol sejurus sebelum rehat tetapi berjaya dihalang rakan sepasukan yang lain.
PENYOKONG Kelantan beramai-ramai menterbalikkan trak polis kerana tidak berpuas hati atas kekalahan kepada Negeri Sembilan, malam tadi.

Di Kota Bharu, Kelantan dikejutkan seawal minit ketujuh menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak berpunca daripada kesilapan Azlan Zainal yang gagal menguasai bola dalam kawasan sendiri.

Ketinggalan satu gol, Kelantan cuba bangkit menyamakan kedudukan dan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-13 tetapi sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin dari luar kotak penalti sedikit melepasi palang gol lawan.

Walaupun berbekal sokongan padu kira-kira 20,000 penonton, Kelantan seolah-olah kehilangan punca ketika pasukan Negeri Sembilan lebih banyak menguasai perlawanan.

Usaha Kelantan mencari jaringan penyamaan pada babak kedua tidak kesampaian, apabila percubaan Indra dan kapten pasukan, Badhri Radzi pada minit ke-46 dan 74 sekadar menggegar palang gol lawan.

Di Stadium Utama, Perlis hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan menerusi rembatan Shazwan dari dalam kotak penalti sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi Surendran pada minit ke-34.

Tuan rumah beroleh kelebihan pada minit ke-57 apabila ketua pasukan pelawat, Amri Yahyah dilayangkan kad merah selepas mengasari penjaga gol Perlis, Farizal Marlias.

Namun, skuad Singa Utara bukan sahaja gagal mengambil kesempatan malah turut kehilangan penyerang utama, Nizaruddin Yusof yang dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua pada waktu kecederaan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Sukan/20090408022620/Article

p/s rasa2 cam negara luar lak biler tengok keganasan macam ini...