Saturday, March 28, 2009

Haji GELAP MATA Kerana Tiket Loteri

Haji gelap mata kerana tiket loteri
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Akibat gelap mata, seorang warga emas bergelar haji sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji (TH) semata-mata untuk ditukarkan dengan tiket loteri bernilai RM130,000 yang ditawarkan tiga penipu warga Indonesia dan rakyat tempatan.

Mangsa berusia 60 tahun begitu mudah mempercayai kata-kata tiga individu terbabit, seorang daripadanya wanita apabila menemui mereka di Pusat Perdagangan Pontian, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kecekapan menantunya yang menghubungi polis dan pengurusan TH di Pontian, menyelamatkan mangsa daripada ditipu.

Kejadian bermula apabila mangsa didatangi suspek yang mendakwa memenangi cabutan loteri berjumlah RM130,000.





Ketika itu, wanita warga Indonesia itu menunjukkan tiket loteri terbabit serta keratan akhbar sebagai bukti nombor dibeli menerima ganjaran RM130,000.

Sebaik melihat mangsa termakan helah, penipu terbabit kemudian mendakwa memerlukan wang segera untuk pulang ke negara asal sebelum menawarkan pertukaran tiket berkenaan dengan wang tunai RM10,000.

Ibarat menerima durian runtuh, warga emas itu terus bersetuju lalu meminta mereka menghantarnya pulang ke rumah bagi mengambil buku simpanan TH berkenaan.

Sebaik tiba di rumah, mangsa memberitahu isterinya mengenai tawaran tiket loteri bernilai ratusan ribu ringgit yang bakal diterima daripada tiga suspek berkenaan.

Namun, ia mencetuskan tanda tanya kepada isteri mangsa yang segera menghubungi menantunya di Kluang.

Ini membuatkan menantu mangsa menghubungi pengurusan TH dengan memberitahu bapa mentuanya mungkin ditipu pendatang asing sebelum membuat aduan polis.

Dalam pada itu, mangsa bertegas mahu pergi ke pejabat TH untuk mengeluarkan wang bagi ditukarkan dengan tiket loteri ditawarkan.

Bagaimanapun, mangsa langsung tidak menyedari sampul surat diberikan kakitangan TH sebaik selesai transaksi di kaunter tidak mengandungi wang tunai, sebaliknya hanya buku akaun kosong.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata sebaik polis menerima aduan kes itu, pihaknya menyerbu tempat kejadian berdasarkan maklumat disalurkan pegawai TH.

“Serbuan dilakukan ketika mangsa menyerahkan sampul surat berkenaan kepada suspek dalam kereta mereka di depan pejabat TH, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Suspek cuba melawan dan berlaku pergelutan kecil sebelum dua daripada mereka ditangkap manakala suspek wanita sempat meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, suspek yang diberkas adalah lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun dari Pulau Batam dan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Mutakhir/20090328092334/Article

Sunday, March 22, 2009

Dirojakkan Dengan Yang Haram...


salam

p/s hari ni nak kongsi dengan kengkawan pasai makanan yang dirojakkan dengan benda haram untuk dimakan...

Memang banyak jual...kat kedai runcit n pasar malam, juga mungkin bas2 sekolah yg ada jual sweets / candy jenis2 ni dalam bas dorang....pesan2 le pd anak2 kesian diorang...forward ye...jgn diabaikan bende2 ni

Dah keluar dalam Harian Metro, tapi kot2 kita semua tak perasan atau tak baca.

Jely nie banyak dijual secara sukat kat Airport, kedai2 jual gula2 dan dimana2 saja.

Mudah2an kita dapat mengambil perhatian

Saturday, March 14, 2009

MENGAPA MERUJUK AHLUL BAIT

MENGAPA MERUJUK AHLUL BAIT

Sunday, 15 March, 2009 03:30

From:
"Sayyed Mohd Fadlie ben Yahya"
View contact details
To:
"SHARIFAH RAUDAH"
Sempena kelahiran Rasulullah saw saya merayu tuan-tuan dengan sepenuh hati
supaya memerhatikan ahlul bait (kaum keluarga Rasulullah saw). Inilah
hadiah kita untuk Rasulullah saw sempena kelahiran baginda. Kerana
Rasulullah saw tidak pernah meminta upah dalam menyebarkan agama suci ini.

Dalil untuk merujuk warisan ahlul bait ini adalah berdasarkan hadis yang
dikutip oleh at-Tirmidzi dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi; ‘Nashr bin
Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu
al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad,
daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia
berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada
hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa.
Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah
meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh
kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab
Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor
3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.

Dalam memahami siapakah yang dimaksudkan dengan ahlul bait, kajian merujuk
kepada hadis dari kitab yang sama, ‘Qutaibah menceritakan kepada kami,
Muhammad bin Sulaiman al Ashbahani menceritakan kepada kami daripada Yahya
bin Ubaid, daripada ‘Atha’ bin Abu Rabah, daripada Umar bin AbuSalamah
– anak tiri nabi -, ia berkata: Ayat ini diturunkan kepada nabi,
‘Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa darimu, hai ahlul
bait, dan membersihkanmu sebersih-bersihnya,’ (al-Ahzab: 33) tentang
keluarga beliau. Beliau kemudian memanggil Fatimah, Hasan dan Hussain, dan
menutupi mereka dengan pakaian. Sementara itu, Ali berada di belakang
beliau, dan beliau pun menutupinya dengan pakaian. Beliau kemudian berdoa,
‘Ya Allah, sesungguhnya mereka adalah keluargaku. Maka hilangkanlah dosa
daripada mereka, dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya.’ Ummu Salamah
berkata, ‘(Apakah) Aku bersama mereka ya Nabi Allah.’ Rasulullah
menjawab, ‘Engkau tetap pada tempatmu, dan engkau tetap dalam
kebaikan.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3787, bab
sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.

Pemilihan ahlul bait sebagai sumber rujukan ini dapat dikira tepat
berdasarkan dua hadis di atas memandangkan terdapat hadis Rasulullah saw
yang menuntut sahabat baginda dan umat Islam berwaspada kepada
‘kesesatan’ yang terjadi dalam kalangan sahabat selepas kewafatan
beliau.

Hadis yang dimaksudkan ialah, ‘Daripada Ibnu ‘Abbas r.a katanya:
‘Pada suatu ketika Rasulullah saw berkhutbah memberi pengajaran kepada
kami. Sabda beliau, ‘Hai sekalian manusia! Kamu semuanya akan dikumpulkan
ke hadapan Allah tanpa alas kaki, tanpa pakaian, dan tanpa dikhitan.
(Bacalah firman Allah): ‘Seperti Kami ciptakan pada awal ciptaan,
begitulah Kami kembalikan dia, itulah janji Kami yang pasti Kami tepati.’
(al Anbiya: 104). Ketahuilah! Makhluk yang mula-mula diberi pakaian pada
hari kiamat adalah Ibrahim alaihissalam. Dan ketahuilah, bahawa beberapa
umatku akan dihadapkan, lalu mereka ditarik ke kiri. Kataku, ‘Wahai
Tuhanku! Mereka itu adalah sahabat-sahabatku!’ Lalu dijawab oleh Allah,
‘Engkau tidak tahu apa-apa yang mereka perbuat sepeninggalanmu.’ Maka
kujawab seperti jawapan hamba Allah yang saleh (Nabi Isa a.s), ‘Aku
menjadi saksi bagi mereka selama aku berada di antara mereka. Maka setelah
aku wafat, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau Maha Menyaksikan
segala-galanya. Jika Engkau siksa mereka sesungguhnya mereka adalah
hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.’ (al Maidah: 117-118). Lalu dikatakan
kepadaku, ‘Mereka telah murtad semenjak engkau tinggalkan.’ Lihat Sahih
Muslim, hadis nombor 2440, bab orang-orang murtad.

Hadis lain yang dapat dirujuk ialah, ‘Daripada Uqbah bin Amir r.a
katanya: Nabi saw pernah bersabda mengenai para korban perang Uhud. Beliau
naik ke mimbar seolah-olah memberi amanat kepada yang masih hidup dan yang
telah syahid. Sabda beliau, ‘Aku mendahului kalian ke telaga. Lebar
telaga itu sejauh antara Ailah ke Juhfah. Aku tidak menyangsikan bahawa
kamu akan kembali musyrik sepeninggalku. Tetapi yang aku takutkan ialah
kamu terpengaruh oleh dunia. Kemudian kamu berbunuh-bunuhan, dan akhirnya
kalian musnah seperti kemusnahan umat yang sebelum kalian.’ kata Uqbah,
‘Itulah yang terakhir kali aku melihat Rasulullah saw berkhutbah di
mimbar.’ Lihat Sahih Muslim, hadis nombor 2133, bab telaga Rasulullah.
Hadis ini turut diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dengan versi lain. Lihat
Sahih Bukhari hadis nombor 1771, bab syurga dan neraka dan hadis nombor
1856, bab mimpi.

Oleh kerana itu saya berpandangan adalah lebih baik merujuk tradisi ahlul
bait untuk mendapatkan sumber hukum selepas al-Quran, dan hadis Rasulullah
saw. Saya akan mendatangkan tiga bukti dari sahih Bukhari dan Muslim bahawa
belum tentu selamat untuk merujuk selain ahlul bait. Sekiranya kita hanya
merujuk sahabat Nabi Muhammad, ternyata sahabat-sahabat telah banyak
berubah selepas kewafatan Rasulullah saw, ada yang terlupa atau tidak tahu
‘urusan’ yang paling mudah, dan ada yang memang merubah hukum tanpa
rasa bersalah. Malah ketika hidup Rasulullah saw sendiri, terdapat sahabat
yang tidak menghormati Rasulullah saw. Buktinya terdapat dalam Sahih Muslim
sendiri.

1. Sahabat biadab, dan kurang ajar meninggalkan
Nabi Muhammad ketika baginda sedang memberi khutbah Jumaat di atas mimbar
sehingga yang tinggal hanyalah dua belas orang:

Daripada Jabir bin Abdullah r.a, katanya: ‘Pada suatu ketika Nabi saw
sedang berdiri mengucapkan khutbah. Sekonyong-konyong tiba satu kafilah
dari Syam; maka jamaah berlarian menyambut kedatangan kafilah itu sehingga
yang tinggal di masjid hanya dua belas orang saja lagi. Kerana itu maka
turunlah ayat: ‘wa idz ra-au tijaratan au lahwanin fadhdhu ilaiha wa
tarakuka qaima’ (ayat 11 surah al Jumuah iaitu: Dan apabila mereka
melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya, dan
mereka tinggalkan kamu berdiri sedang berkhutbah.) Lihat Sahih Muslim hadis
nombor 817, bab turunnya ayat sebelas surah al Jumu’ah.

2. Sahabat merubah hukum:

Daripada Abu Sa’id al Khudri r.a katanya: ‘Pada masa Rasulullah masih
hidup, kami membayar zakat fitrah untuk setiap orang, baik anak kecil
mahupun dewasa, merdeka mahupun hamba, iaitu satu gantang makanan berupa
keju, atau gandum, atau kurma, atau anggur kering. Pada masa pemerintahan
Mua’wiyah bin Abu Sufyan, dia berpidato di hadapan jemaah haji atau
‘umrah, katanya antara lain: ‘Dua mud gandum negeri Syam sama dengan
segantang kurma’. Kerana pidatonya itu maka orang banya membayar zakat
fitrahnya sepert itu. Kata Abu Sa’id, “Tetapi aku tetap saja membayar
seperti apa yang telah kulakukan sejak zaman Nabi sampai akhir hayatku.”
Lihat Sahih Muslim hadis nombor 938, bab waktu membayar zakat fithrah.

Lagi perubahan hukum:

Daripada Ibnu Thawus r.a, daripada bapanya, katanya Abu Shahba’ bertanya
kepada Ibnu ‘Abbas r.a, ‘Tahukah anda bahawa talak tiga yang diucapkan
sekaligus, pada masa Rasulullah saw dihukumkan hanya jatuh satu kali,
begitu pula pada masa pemerintahan Abu Bakar. Kemudian pada masa
pemerintahan ‘Umar dinyatakan jatuh tiga kali?’ Jawab ‘Ibnu Abbas
r.a: ‘Ya, benar begitu!’ Lihat Sahih Muslim, hadis nombor 1420, bab
Talak Tiga.





3. Ada sahabat mudah lupa atau memang tidak
tahu:

Daripada Ubaidillah bin Abdullah r.a katanya ‘Umar bin Khattab r.a pernah
bertanya kepada Abu Waqid al Laitsi tentang bacaan yang dibaca Rasulullah
saw dalam solat idul adha dan idul fitri. Jawab Abu Waqid, ‘Beliau pernah
membaca dalam kedua solat eid itu surah Qaf dan surah al Qamar.’ Lihat
Sahih Muslim hadis nombor 839, bab surah (ayat) yang dibaca dalam solat
eid.

Terdapat juga sahabat yang bermulut celupar terhadap Rasulullah
saw:

Daripada ‘Aisyah r.a katanya: ‘Abu Bakar datang ke rumahku dan ketika
itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang
pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah
gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar, ‘Kenapa sampai
ada suling setan di rumah Rasulullah saw?’ Hari itu adalah hari eid. Maka
bersabda Rasulullah saw, ‘Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya.
Dan hari ini adalah hari raya kita.’ Lihat Sahih Muslim hadis nombor 840
bab boleh bergembira ria.

Sekiranya saya menziarahi Rasulullah saw saya tidak akan tergamak
mengucapkan kata-kata di atas, seakan menuduh Rasulullah saw jahil, tidak
tahu sambil mengaitkan isi rumah baginda dengan syaitan.

Hal-hal di atas mungkin sahaja berlaku kerana tatkala Nabi
Muhammad sedang berkhutbah Jumaat pun ada sahabat yang keluar
berlari-larian mendapatkan barang dagangan, meninggalkan baginda
terkontang-kanting di atas mimbar. Mujur ada dua belas orang sahabat yang
setia.

Sekali lagi, adalah lebih baik merujuk ahlul bait dalam persoalan apa pun
di dunia hari ini. Sumber seperti qiyas, istihsan (memerhatikan pelbagai
hukum yang ada jika terdapat titik persamaan lalu memilih yang paling dekat
dengan kebenaran dan keadilan berdasarkan akal dan perasaan), istislah
(mendahulukan satu kemaslahatan atas kemaslahatan yang lain) dan ta’awul
(iaitu meskipun hukum ditemui dalam al-Quran atau sunnah tetapi jika ada
sesuatu keadaan dan pertimbangan, kita dibenarkan berpaling dari apa yang
disarankan nas lalu mendahulukan ijtihad berdasarkan pendapat) tidak dapat
menandingi kekuatan dan kebenaran merujuk al-Quran, Rasulullah saw dan
ahlul bait seperti yang telah saya buktikan di atas.

Secara dasarnya seseorang muslim tidak boleh mencipta hukum syariat
sendiri. Allah berfirman pada ayat 1 surah al-Hujurat: “Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya (dalam
masalah syariat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Akhir sekali, sempena kelahiran Rasulullah saw marilah kita berselawat
untuk baginda dan ahli keluarga baginda. Dalil untuk berselawat kepada ahli
keluarga baginda ini datang dari Sahih Bukhari sendiri:

Daripada Abu Humaid Assa’idi r.a: Sahabat-sahabat bertanya: ‘Hai
Rasulullah! Bagaimanakah caranya kami selawat kepada tuan?’ Rasulullah
saw bersabda : ‘Bacalah yang ertinya: ‘Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas
Muhammad, keluarganya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan
rahmat atas keluarga Ibrahim. Berilah keberkatan atas Muhammad, keluarganya
dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.’
Lihat Sahih Bukhari, hadis nombor 1476, dan 1477, bab Nabi Ibrahim dan
Ismail.

Thursday, March 12, 2009

8 AYAT-AYAT CINTA

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Subject: tujuh ayat cinta

p/s mungkin ader yang nampak jer tajuk ni..dan2 jer klik cz kata2 cinta kan...hehehheheh. sori ler ini bukan ayat jiwang2 untuk sesama manusia but jiwang manusia kepada pencipta Yang Esa lagi Yang Rahman dan Ya Rahim.

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdullilah: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.


3.Astagfirrullah: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.


4.Insyaallah: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.


5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.



6.Innalillah: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.



7.Laailaahaillallah: bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

p/s tu yang mungkin diterima oleyh semua melalui email..tapi ader satu lagi yang kurang... (aku jugak diperingati oleyh teman yang prihatin..syukran)

8.


Rasulullah saww bersabda :
- Barangsiapa yang bersolawat keatasku selepas menunaikan solat
sebanyak 10 kali maka dia bersamaku di syurga dalam keadaan aku melihat
wajahnya bercahaya umpama bulan malam ke14.

- Pada hari kiamat, orang yang paling dekat denganku adalah orang
yang paling banyak bersolawat keatasku.

- Banyakkan bersolawat keatasku sesungguhnya solawat keatasku
adalah cahaya di dalam kubur, cahaya di jambatan sirath dan cahaya di
syurga.

- Bersolawat menghilangkan kefakiran.

- Barangsiapa pada hari Jumaat bersolawat keatasku sebanyak seribu
kali maka para malaikat akan memohon baginya keampunan.

- Kuatkan suara kamu ketika bersolawat keatasku sesungguhnya ia
memusnahkan nifaq.

- Barangsiapa diakhir kalamnya bersolawat keatasku dan ali akan
masuk ke syurga.

- Syafaatku di hari kiamat bagi mereka yang bersolawat keatasku.


Ayat Salawat yaitu firmanNya ALLAH swt di dalam (Surah al-Ahzab (33):56):
Inna Allaha wamalaikatahu yusalloona AAala alnnabiyyi ya ayyuha allatheena
amanoo salloo AAalayhi wasallimoo tasleeman "Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikatNya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman,
bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."



Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq ah-Muhriqah105 mencatat riwayat daripada Ka'ab
bin Ijrah. Dia berkata: Apabila turun ayat ini, kami bertanya wahai
Rasulullah! Kami mengetahui bagaimana kami memberi salam ke atas anda.

Tetapi kami tidak mengetahui bagaimana kami bersalawat ke atas anda? Maka
beliau SAWAW bersabda: Kalian katakanlah Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa
Ali Muhammad. Dan diriwayatkan dari Nabi SAWAW, berliau bersabda: Janganlah
kalian bersalawat ke atasku dengan salawat yang terputus. Lalu mereka
bertanya: Apakah salawat terputus itu? Beliau menjawab: Kalian berkata:
Allahumma Salli 'Ala Muhammad, kemudian kalian berhenti. Justeru itu
katakan: Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad.

ChaYok ChaYok

alam semua...

marilah bersama2 kita jana pendapatan sampingan disamping saling membantu sesama ahli. InsyaAllah kalau itu lah rezeki kita akan dipermudahkan Allah. tapi kita sebagai manusia kenalah berusaha dan jangan sesekali atau dua tiga kali atau banyak2 kali untuk berputus asa...


p/s link di bawah ini untuk infonya...dan ader item yang bergerak in circle kan...so click la maner satu yang korang semua nak tau..Tak paham jugak tapi nak tau ...bleyh tinggalkan email atau ym untuk dihubungi..



Tuesday, March 10, 2009

Doa Harian

Salam

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

" Ya Allah Aku Berlindung kepadaMu dari hati yang resah dan kecewa "

" Dan Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas "

" Dan Aku mohon berlindung kepadaMu daripada sifat penakut dan bakhil"

" Dan Aku mohon kepadaMu berlindung daripada beban hutang dan kezaliman"

" Aku yakin bahawa Allah tidak akan mengubah nasibku, melainkan aku sendiri berniat dan berusaha berubah dengan IzinNya"


"PERKENANKANLAH YA ALLAH AKAN DOAKU..."

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Jangan mudah percaya ...

2 beradik diratah geng Mat Rempit




PETALING JAYA: Dua beradik hanya mampu menangis teresak-esak sambil berlari hampir satu kilometer ke balai polis berhampiran bagi mendapatkan bantuan selepas dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan Mat Rempit junior.

Dalam kejadian petang semalam, dua beradik masing-masing berusia 18 dan 22 tahun itu dikurung sebelum diperkosa suspek semuda usia 14 tahun.

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati lima suspek yang terbabit dalam kejadian itu turut membabitkan pelajar dan dua daripada anak anggota polis.

Menurutnya, kejadian dikesan berlaku petang Ahad lalu apabila dua beradik terbabit keluar untuk membeli belah bersama seorang lagi rakan di sekitar Sungai Buloh, di sini.


“Bagaimanapun, ketika sedang membeli-belah, seorang rakan lelaki kepada mangsa yang berusia 18 tahun menghubungi mangsa dan menyatakan hasrat berjumpa di kawasan meletak motosikal di pusat beli-belah itu.

“Mangsa bersetuju berjumpa teman lelakinya. Sebaik tiba, mereka berbual seketika sebelum suspek menyatakan hasrat menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menawarkan khidmat sama menghantar ketiga-tiga gadis berkenaan pulang ke rumah mereka di Damansara Damai, di sini.

“Pada mulanya, suspek menghantar terlebih dulu rakan mangsa pulang ke rumah sambil meminta mangsa menunggu seketika di pusat beli-belah berkenaan.

“Selepas menghantar pulang rakan mangsa, suspek muncul semula bersama dua lagi rakan yang menunggang motosikal untuk menjemput mereka,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal itu dibawa ke sebuah rumah teres satu tingkat di Sungai Plong, di sini.

“Suspek memberi alasan sedang menunggu seorang lagi rakan yang mempunyai kereta untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.

“Sementara menunggu ‘rakan’ itu, mangsa dijemput masuk ke dalam rumah terlebih dulu,” katanya.

Menurutnya, ketika dalam rumah itu, tiba-tiba 10 lelaki tidak dikenali muncul.

“Beberapa lelaki menarik tangan mangsa berusia 22 tahun sebelum diheret masuk ke dalam sebuah bilik dalam rumah itu.

“Enam daripada lelaki terbabit memperkosa kakak mangsa bergilir-gilir sebelum dibebaskan. Mangsa yang selesaikan ‘dikenduri’ mencari adiknya sebelum menemui adiknya itu dikurung dalam bilik lain dalam rumah itu,” katanya.

Menurutnya, adik mangsa bagaimanapun terselamat apabila kumpulan suspek hanya meraba tubuhnya dan tidak memperkosa mangsa.

“Difahamkan kedua-dua beradik itu meloloskan diri dari rumah berkenaan sebelum berlari sejauh lebih satu kilometer ke Balai Polis Sungai Plong, di sini.

“Mangsa yang membuat laporan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pemeriksaan perubatan,” katanya.

Susulan itu, polis menyerbu beberapa lokasi di Sungai Buloh sebelum memberkas suspek dan melakukan beberapa tangkapan membabitkan remaja berusia 14 tahun dan dua anak penjawat awam.



p/s hati2 la semua..
Bayi mati dicampak bapa baran

Oleh Norakmah Mat Youb, Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
bhnews@bharian.com.my

GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai dicampak bapanya di atas tilam kerana dikatakan berang apabila mangsa tidak berhenti menangis.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Masjid Sungai Ara di sini, awal pagi kelmarin, bayi itu dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan bomoh sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata bayi itu meninggal dunia di HPP kerana kecederaan dalaman serta banyak kesan lebam.

Beliau berkata bapa bayi itu kini direman enam hari mulai semalam.

Di KUALA LUMPUR, seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dimasukkan ke Hospital Serdang sejak Jumaat lalu akibat cedera di kepala serta muka dipercayai didera pengasuhnya.

Menurut sumber, ibu bayi itu membawa anaknya ke hospital sebaik menemui kesan cedera pada kepala dan muka mangsa selepas diambil dari rumah pengasuh yang berusia 19 tahun itu di Puchong Indah.

Pada 2 Mac lalu, ibu bayi itu mendapati anaknya mengalami kecederaan kecil pada kaki, tetapi tidak menyangka didera. Polis sedang mengesan pengasuh bayi itu yang dipercayai menghilangkan diri.



p/s budak kecik tu ha jadi mangsa...

Monday, March 9, 2009

Abu dalam kenangan




Salam...
erm..comei kan dia tus...
tu kucing saya. nama dia Abu. nama jer la jantan ...kuang!kuang!kuang!...waktu dia kecik haritu kitaorang skodeng gak ler jantina dia macam pakar ler..hehehe ingatkan jantan..rupa2nya betina.. but still panggil abu..
tapi apa ni..mungkin sebab panggilan dia kot abu betina tahap terror dia macam jantan jugak ler.. bab panjat memanjat ni hebat. dia memang suka melilit kat kaki. tapi salah satu feveret dia suka tido kat dengan tayar kete... jadi setiap kali abah nak gerakkan kete mesti tengok dia dulu kot2 ader kat situ.
pastu tak lama tus..tak ingat ler saya pergi mana..entah apa heinya.. ader la sedara mak ni ha datang umah. dia kira berkenan ler kat abu ni (buat menantu kucing dia )..hehehe tak ler. pasal dia cakap penikus sangat katanya.. alih2 mak ngan abah bagi..
time balik jer haritu..teruih abah cakap abu ader orang amik...hancussss hatiku...sedih gak ler cz memang suka ngan sayang kat dia..
sedara mak ader gak bagitau mula2 tu abu ni cam tak berapa jer nak makan.. tapi lepas tu kira ok ler. kira lega jugak ler hati ni cz memang sedara mak tu kira sayang ler kat abu ni...
pastu satu hari ni tu mak call. dia cakap sedara dia call bagitau abu dah mati... terkejut tahap cipan nak beranak..adeii apa ke hei nya ni...
dah ler cara mati tu yang wat sedih giler.. mati kena lenyek kete anak dia. sedara ni tak perasan bila masa abu ni kuar..pastu dan2 abu ni lepak kat tempat feveret dia duk belakang tayar.. anak si sedara ni entah camner..nak kuar tadi ni..ialah takkan tetiber dia nak check belakang semua tayar kan..teruih terlenyek si abu ni. tapi tu les..biler dengar berita tus cam sedissssss sangat. but wat to do. sedara tu mak cakap sampai nangis2 bagitau mak cz dia memang dah tangkap sayang giler kat abu ni.dia rasa cam malaih dah nak bela2 kucin...
tapi apa yang kira ok kat hati aku..aku still ader foto dia. walaupun sikit.
skang ni memang ader kucin lain but..kucin cam abu dengan jari tangan ngan kaki besar i mean yang local lah...betina laks tus..susah nak saya jumpa..
oh ABUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Sunday, March 8, 2009

JAna Pendapatan......Ringankan Beban

Salam


PLAN BINARY TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN!!!
PENAWAR2U
www.penawar2u.com

PROMOSI ISTIMEWA!!!

DENGAN MODAL SERENDAH RM90 SEKALI SEUMUR HIDUP, ANDA LAYAK MEMILIKI HANDPHONE JENAMA SAMSUNG YANG BERNILAI RM4++ SECARA PERCUMA!!! DI SAMPING CALL SESAMA AHLI PENAWAR2U FREE UNLIMITED SETIAP BULAN!!! MARI KITA BERSAMA-SAMA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA SETIAP MINGGU BERSAMA PENAWAR2U.COM!!!

P/S: SILA HADIR KE HOTEL S2, SEREMBAN 2 N.SEMBILAN (BELAKANG JUSCO) PADA SETIAP HARI RABU JAM 8:30 MALAM DAN SETIAP HARI SABTU JAM 5:00 PETANG UNTUK SESI PENDAFTARAN DAN PENYERAHAN HANDPHONE SAMSUNG TERSEBUT. TIDAK BOLEH HANTAR WAKIL UNTUK MENGAMBIL HANDPHONE TERSEBUT. HARAP MAKLUM.


WEBSITE REPLIKA (AUTODOWLINE) GROUP PENAWAR2U KAMI SUDAH DI LANCARKAN!!!

SILA LAYARI...
www.dream2jutawan.biz/?id=surekaya

PERNIAGAAN e-DAGANG TERHEBAT DI PASARAN MASA KINI!!!
PEMASARAN RANGKAIAN DALAM ABAD KE 21 TELAH MEMASUKI GELOMBANG KE 4 IAITU GABUNGAN PEMASARAN RANGKAIAN, TEKNOLOGI INTERNET DAN SMS.
• TIDAK PERLU MENGHANTAR BARANG
• TIDAK PERLU KE STOKIS
• BOLEH DI JALANKAN DI MANA SAHAJA
• PANTAS DAN TIADA HAD MASA
• DI KENALI JUGA SEBAGAI E-NETWORK MARKETING

SYARIKAT: PENAWAR2U.COM
KONSEP PERNIAGAAN: E-COMMERCE & NETWORK MARKETING
JENIS PERNIAGAAN: IKLAN MELALUI INTERNET (WEB DIRECTORY)
WEBSITE: www.penawar2u.com
E-MAIL: info@penawar2u.com
ALAMAT: 203, JALAN SIMPANG PERTANG, 71600 KUALA KLAWANG, N.SEMBILAN
OWNER/CEO: DR MD ARIS SALLEH
TELEFON/FAX: 06-613 6140


MENGAPA PENAWAR2U.COM?
• TREND PERNIAGAAN TERKINI (E-COMMERCE)
• MODAL YANG KECIL DAN SEKALI SEUMUR HIDUP
• TIDAK PERLU MAINTAIN SETIAP BULAN
• GABUNGAN 2 TEKNOLOGI TERPANTAS (INTERNET & SMS)
• PEMBAYARAN BONUS TERTINGGI DI PASARAN (90%)
• BONUS REALTIME 24/7
• PELAN BONUS INFINITI (TIADA HAD)
• PELAN PEMASARAN YANG ADIL
• TIADA HAD MASA DAN UMUR
• PASARAN GLOBAL
• BAYARAN BONUS TERUS KE AKAUN BANK

PENAWAR2U.COM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RUANG IKLAN UNTUK SEMUA AHLINYA MENGIKLANKAN PERNIAGAAN, PERKHIDMATAN ATAU APA SAJA YANG INGIN MEREKA IKLANKAN DI DALAM WEBSITE PENAWAR2U.COM SEUMUR HIDUP!!!

Baru saja dilancarkan!!!


Suatu plan yang MURAH & MUDAH untuk dicapai.


SISTEM TERPANTAS MENJANA PENDAPATAN!!!


1) MODAL SEKALI SAHAJA...SERENDAH RM90
2) 100 PAIR SEHARI...TIADA FLUSHING
3) TANPA PERLU MENJUAL BARANG ATAU MAINTAIN SETIAP BULAN
4) TAJA 2 ORANG SUDAH BALIK MODAL

PELAN BINARY TERHEBAT!!!

MODAL RM90 (PENABIZ)
JANA PENDAPATAN RM10 - RM1,000 SEHARI

ATAU

MODAL RM360 (PENALINK)
JANA PENDAPATAN RM40 - RM4,000 SEHARI

PELAN PEMASARAN

1) BONUS TAJAAN

(PENABIZ)
RM40.00 SEORANG (PER LOT/BC)
A) Bonus tajaan RM40.00 akan di berikan kepada anda jika menaja ahli yang join pakej PENABIZ (RM90)

ATAU

(PENALINK)
RM160.00 SEORANG (PER LOT/BC)
B) Bonus tajaan RM160.00 akan di berikan kepada anda jika menaja ahli yang join pakej PENALINK (RM360)


2) BONUS PASANGAN




RM10.00 SEPASANG/PAIR (PENABIZ)

MAXIMUM 100 PASANG X RM10.00 = RM1000 SEHARI (RM30,000 SEBULAN)

TIADA FLUSHING!!! KEDUA-DUA KAKI CARRY FORWARD!!!

RM40.00 SEPASANG/PAIR (PENALINK)
MAXIMUM 100 PASANG X RM40.00 = RM4000 SEHARI (RM120,000 SEBULAN)

TIADA FLUSHING!!! KEDUA-DUA KAKI CARRY FORWARD!!!


ADA 2 BONUS SAJA!!! CUKUP MUDAH!!!
DENGAN MODAL SERENDAH RM90 SEKALI SEUMUR HIDUP ANDA SUDAH BOLEH MENJANA PENDAPATAN RM1000 SETIAP HARI!!!


=SISTEM AUTO RE-ENTRY LAIN DARIPADA YG LAIN=

SISTEM AUTO RE-ENTRY AKAN MENYIMPAN 30% DARIPADA SETIAP BONUS YANG ANDA DAPAT HINGGA NILAINYA CUKUP RM360 UNTUK KEGUNAAN BERIKUT:

- APABILA AUTO RE-ENTRY ANDA CUKUP NILAINYA RM360, ANDA AKAN DAPAT 1 PP (PENALINK POINT) DI DLM SISTEM ANDA. SELEPAS ITU ANDA AKAN TERIMA BONUS 100% UNTUK TEMPOH 21 HARI. SELEPAS TAMAT TEMPOH 21 HARI INI, SISTEM AKAN BUAT SEMULA PEMOTONGAN 30% HINGGA NILAINYA KEMBALI CUKUP RM360.

- PENALINK POINT INI AKAN DI GUNAKAN UNTUK AUTO UPGRADE DIRI ANDA DARI PAKEJ PENABIZ (RM90) KE PAKEJ PENALINK (RM360) JIKA ANDA ADALAH SEORANG AHLI PENABIZ. BEGITU JUGA KEPADA DIRECT SPONSOR (DOWNLINE) ANDA YANG LAIN, APABILA MEREKA AUTO UPGRADE DARI PAKEJ PENABIZ KE PAKEJ PENALINK, SECARA TIDAK LANGSUNG ANDA AKAN TERUS DAPAT RM160 (SETIAP LOT/BC) IAITU BONUS TAJAAN DI DALAM PAKEJ PENALINK. HEBAT BUKAN!!

- PENALINK POINT INI ANDA BOLEH GUNAKAN UNTUK TAMBAH LOT/BC DI DALAM NETWORK ANDA. CONTOH KAKI SEBELAH ANDA BESAR SEBELAH (KAKI GAJAH), ANDA BOLEH TAMBAH LOT/BC DI DALAM KAKI SEBELAH ANDA YANG KECIL, SECARA TAK LANGSUNG MEMBERIKAN ANDA BONUS PASANGAN. (RM40)

- PENALINK POINT INI ANDA BOLEH GUNAKAN UNTUK MENAJA AHLI PAKEJ PENALINK (RM360) YANG BARU (TERUS AMBIL CASH) ATAU UNTUK UPGRADE AHLI PENABIZ YANG LAIN KE AHLI PENALINK (TERUS AMBIL CASH)

- PENALINK POINT INI ANDA BOLEH JUAL KEPADA AHLI-AHLI PENAWAR2U YANG LAIN (TERUS AMBIL CASH)

p/s: AHLI PENABIZ HANYA BOLEH MENAJA AHLI PENABIZ SAHAJA. JIKA DIA MENAJA AHLI PENALINK, BONUS TAJAAN RM160 AKAN PERGI KEPADA SESIAPA DI ATAS DIA YANG AHLI PENALINK. MANAKALA AHLI PENALINK BOLEH MENAJA AHLI PENABIZ DAN AHLI PENALINK. TETAPI JANGAN RISAU, KERANA SETIAP AHLI PENABIZ PASTI AKAN AUTO UPGRADE DIRINYA KE AHLI PENALINK DI DALAM HIRARKI/NETWORK YANG SAMA DENGAN ADANYA SISTEM AUTO RE-ENTRY YANG HEBAT INI.


Cara Withdraw Bonus:

1) Bonus di bayar terus ke akaun bank anda setiap hari SELASA setiap minggu (AUTO TRANSFER)
2) Boleh guna Bonus Point anda untuk mendaftar ahli/lot baru. (terus ambil cash)
3) Boleh jual/beli Bonus Point anda dengan CEO penawar2u, upline, downline atau ahli2 penawar2u yang lain.

BONUS BOLEH DI TUNAIKAN SETIAP HARI!!!


Cara-cara untuk menjadi ahli penawar2u:

BOLEYH BANK IN KE NO CIMB : 13070012372528 (sharifah noraudzah sayed ali)

2) Selepas bank in duit, sila SMS: USERNAME ANDA, NAMA ANDA, NO IC, NO H/PHONE, NO AKAUN MAYBANK/CIMB/PUBLIC BANK/BSN/AGRO BANK/TABUNG HAJI, RM90 atau RM360, TARIKH & MASA BANK IN, MAYBANK/CIMB dan kemudian hantarkan ke 0133188198 untuk tindakan selanjutnya. Kami akan aktifkan akaun PENAWAR2U anda SECEPAT MUNGKIN. Selepas itu anda akan terima SMS dari SERVER PENAWAR2U yang bernombor 017-3558886 menyatakan akaun PENAWAR2U anda telah pun berjaya di daftarkan. Terima kasih.

atau

ANDA JUGA BOLEH MENDAFTAR DI WEBSITE REPLIKA (AUTODOWNLINE) GROUP KAMI!!!



JOM JADI JUTAWAN BERSAMA PENAWAR2U!!!

JADI AHLI AWAL TERBUKTI ADA KELEBIHANNYA!!!


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA:

CALL/SMS: 0133188198

YM: sharifahraudah
E-MAIL: sharifahraudah@yahoo.com.my


ANDA TIDAK AKAN RUGI UNTUK MENCUBA TETAPI ANDA TERAMAT RUGI JIKA TIDAK MAHU MENCUBA!!!

BUANG 'EGO' UNTUK BERJAYA!!!

SELAMAT BERJUMPA DI PUNCAK KEJAYAAN DAN MENJADI JUTAWAN!!!









Saturday, March 7, 2009

ieta jadi bini din........




















































salam...
AKU NIKAHKAN DIKAU.....yuhuuuuuuuu (amik part tok kadi sat...)
pak pung pak pong ahai...pak pong pak pung.... (gamat muadzam shah)
ni la kad kawen sahabatku... SITI MASITA IRWAN bersama pasangannya ZAINUDIN AHMAD DAHORI yang selamat dilansungkan semalam hari sabtu 7 mac 2009 . selamat.. selamat..dan selamat pengantin baru diucapkan kepada ieta semoga bahagia menyinari hidup dia dan pasangannya selagi ada nafas bernyawa...ecehce...
nak jadikan cerita saya arrival...dari flight mara liner keratong muadzam... betui2 time baco nikah ni ha... intai jugak ler... tengah intai mengintai...tok laki (suami dia la) tengah berjabat tangan dengan tok kadi. fuuulamakkkk tengok ieta...tengah beraayor mata..(sedih yer) ialah segala rintangan diredah..paya bakau sampai kaki berduri...cumo lautan api jer tak lalu... tapi hasilnya alhamdulilah selamat dinikahkan dengan...lebih dua kali baca akad nikah....hehehehe. tapi takper janji solamat. dah bini orang dah pun.... ALhamdulilah.
biarlah peristiwa lama jadi kenangan dan rujukan..yang hadapan jadi harapan dan kekuatan...aku dan semua teman cukup dan tumpang gembira melihat ko gembira... jangan lupa doakan aku jugak...
kalau ko nak tau..time ko tengah tutup2 muka tunnggu pengantin laki..time kompang duk kena balun tus..ader orang kat belakang kita tus..member kita jugak ler..yang dah tak pakai spec dah skang..alah budak tus la..iyer dia la..yang kecik2 macam ko dulu (ko dulu ler) heheh skang ko dah join club aku..muahahaha..senyap jer dia sebut.."ahai BESTNYA..." muahahaha
mesti dia geram ngan aku ni. takper la sekale skala jer..baik ko jangan komen..kang orang tau sapa..muahahahahahaha. yang penting jodoh pertemuan Allah yang tentukan. tapi dihujung pertemuan sedih la jugak..ialah bila lah kita dapat kumpull lagi.. nanti entah2 ma bertambah lagi soreng..renny, tie, ieta... (yang pic ader sat g)..dan yang lain..

untuk teman2 yang lain geng2 polisas...teman2 kampung...dan yang kenai dimana2...jangan lupakan daku na..

ok ler..buat tatapan teman2 yang tak sempat nak g wedding ieta semalam..ni la beberapa pic yang sempat aku tangkap..ader yang blur sikit tapi masih dapat dikenali cz tahi lalat ieta. muahahhahaha.